Thursday 31 March 2016

Tawas rawat air telaga

Masalah air telaga atau perigi berbau kerap berlaku terutama yang baru digali atau sudah lama tidak digunakan. Masalah air keruh juga sering terjadi, lebih-lebih lagi selepas hari hujan. 

Satu cara untuk menghilangkan bau busuk atau tidak menyenangkan itu ialah dengan mengepam atau menyedut keluar air itu. Cara itu agak sukar, terutama jika kualiti atau jumlah air agak banyak.

Cara mudah untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan batu tawas. Ambil kira-kira 200 gram batu tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga empat atau lima jam untuk lihat keberkesannnya. 
 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.

Untuk memudahkan agar tawas larut, boleh gunakan serbuk batu tawas. 

Unsur batu tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. 

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 


Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.



Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 



Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 



Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment