Tuesday, 19 December 2017

PARTI KAUM CINA DIPERLUKAN MEMBANTU BN


UMNO dan MCA bergabung sejak 1952 untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dan mencapai kejayaan cemerlang. 

Kemudian MIC turut serta membentuk gabungan yang mendapat kemenangan 51 kerusi daripada 52 yang dipertandingkan dalam pilihan raya pra-kemerdekaan pada 27 Julai 1952. 

Kemenangan ini membolehkan gabungan ketiga-tiga parti yang mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu untuk membentuk kuasa pemerintahan yang ketika itu negara masih berada di bawah naungan Inggeris.

Parti Perikatan didaftarkan secara rasmi pada 30 Okt 1957 sebagai sebuah parti dengan mengunakan lambang kapal layar menggabungkan UMNO, MCA dan MIC.

Pada PRU Pertama, Parti Perikatan menang 74 kerusi daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.  MCA menyumbang 19 kerusi parlimen. 

Gerakan pula menyertai BN yang didaftarkan pada 1 Julai 1974. BN menggantikan Parti Perikatan sebagai kesatuan lebih besar untuk menangani bencana api perkauman Peristiwa 13 Mei 1969. 

Selain UMNO, MCA dan MIC sebagai ahli asal Parti Perikatan, BN yang baru ditubuhkan itu turut disertai antara lainnya ialah PAS, PPP dan Gerakan, yang bergerak di Semananjung, selain beberapa parti lain dari Sarawak dan Sabah. 

PAS, PP dan Gerakan adalah parti pembangkang ketika PRU-3 (1969) melawan Parti Perikatan.  

Dengan kata lain, konsep penggabungan kuasa melibatkan parti-parti berbilang kaum telah lama wujud di negara kita. Konsep ini perlu diteruskan sampai bila-bila. 

Maka, dalam apa juga keadaan, MCA dan Gerakan masih releven dalam BN untuk menjamin kelangsungan negara dalam keadaan aman dan makmur. 

Namun, tentunya MCA dan Gerakan tidak boleh terus kekal dalam keadaan lemah yang pastinya akan turut memberi kesan buruk kepada parti-parti lain dalam BN dan menggagalkan matlamat asal BN untuk menjadi parti peneraju pemerintahan yang kukuh. 

No comments:

Post a Comment