Sunday 20 June 2021

MAKSUD KELONTONG, BUAH DITEBUK BINATANG

Perkataan kelontong memang semakin jarang difahami generasi sekarang. Ini kerana ia semakin jarang disebut disebabkan situasi itu tidak lagi dilalui.

Kelontong dikategori sebagai dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud buah seperti durian dan kelapa yang telah ditebuk dan dimakan isinya oleh binatang, terutamanya tupai.

Kelontong juga bermaksud kiasan untuk gadis yang telah dicabuli, sudah hilang dara sebelum berkahwin. Ia sama dengan pepatah ‘kelapa ditebuk tupai’.

Kelontong juga adalah kiasan bermaksud kosong dan tidak berisi seperti karangan dan percakapan.

No comments:

Post a Comment