Friday 23 July 2021

PERMINTAAN TINGGI TERHADAP SISIK TENGGILING

Sejak tahun 2012, pada setiap hari Sabtu ketiga bulan Februari National Geography telah mengisytiharkan sebagai sambutan Hari Tenggiling Sedunia.

Tentu sekali National Geography ada alasan tersendiri mengapa memilih satu hari untuk diperingatkan sebagai Hari Tenggiling Sedunia.

Seperti hari-hari sempena habitat atau haiwan liar lain, sambutan Hari Tenggiling Sedunia ini adalah bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan haiwan liar berkenaan.

Dalam usaha kempen kesedaran ini kombinasi seni, literasi, sains dan sosial didedahkan kepada masyarakat umum agar maklumat pemuliharaan tenggiling ini sampai kepada masyarakat seluruh dunia.

Tenggiling seperti hidupan lain semakin terancam. Habitat mereka dirosakkan oleh proses pembangunan dan kerakusan manusia mengeksplotasi sumber alam.

Paling ketara sekarang ini tenggiling menjadi buruan peniaga tenggiling yang merentasi sempadan antara bangsa. Permintaan terhadap tenggiling sebagai makanan eskotik amat tinggi.

Permintaan tinggi untuk makanan dan perubatan tradisional ini menyebabkan populasi tenggiling ini berkurang dengan cepat di Asia dan spesies lain umumnya di Afrika.

Walaupun kajian saintifik tidak menunjukkan ada nilai perubatan namun permintaan sisik tenggiling masih tinggi.

Tenggiling ini adalah antara haiwan yang banyak ditangkap dan diseludup dengan aktifnya kerana manusia suka memakan daging dan menggunakan sisiknya.

Selain untuk rawatan seperti yang dinyatakan, tenggiling juga dikaitkan dengan penyakit sendi dan asma atau lelah.

Permintaan tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama oleh pembeli di China, Vietnam dan Laos menyebabkan tenggiling semakin kerap diseludup ke negara berkenaan.

Mereka yang melakukan kesalahan boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut seksyen-seksyen berkaitan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Sisik tenggiling mendapat permintaan tinggi kerana banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan harga sisik haiwan itu boleh mencecah sehingga RM12,800 untuk satu kg.

Sisik tenggiling dikategorikan sebagai larangan import mengikut Jadual Ketiga, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan kelulusan permit.

Mengimport sisik tenggiling adalah dilarang mengikut Butiran 1, Bahagian III Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 kecuali dengan adanya kelulusan permit import dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengimport dan ejen Kastam yang terbabit dalam cubaan seludup sisik tenggiling ini sedang disiasat dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. 

No comments:

Post a Comment