Proser
melakukan kerja-kerja dakwah bukan perkara mudah biarpun menjadi tanggungjawab
semua orang. Terdapat pendekatan dakwah yang berkesan perlu dipelajari dan
diamalkan dalam melaksanakan tugasan dakwah.
Sesungguhnya
tugas penting ini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran, tambah lagi dalam
situasi sekarang yang mana dunia tanpa sempadan serta usaha pihak-pihak
tertentu yang ingin menghancurkan Islam melalui serangan pemikiran. Pendidik
berperanan mendidik pelajar berdepan cabaran tersebut.
Dalam semua
keadaan, kita tidak terlepas menghadapi cabaran. Namun, tidak ada masalah yang
tidak dapat diselesaikan. Apa yang penting ialah usaha dengan pendekatan yang
susuai untuk mengatasinya.
Dakwah tidak
hanya disampai melalui ucapan atau kata-kata. Dakwah juga boleh disampaikan
melalui tulisan, perbuatan dan contoh. Justeru, guru mempunyai pelbagai
cara untuk melaksanakan dakwah bukan saja kepada pelajar, bahkan kepada
masyarakat umum. Terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk
melaksanakan dakwah iaitu,
Sedia
diketahui, tugas utama guru ialah mengajar matapelajaran di bilik darjah.
Setiap guru ada matapelajran khusus dan pilihan yang dipertanggungjawabkan
mengajar pelajar.
Bagi guru yang
mengajar matapelajaran berkaitan ibadah dan pengetahuan Islam, tugas dakwah
tidak sukar dilaksanakan. Ia sudah menjadi sebahagian daripada
tanggungjawab dan sukatan pelajaran yang ditetapkan.
Dalam kontes
ini, guru berkenaan perlu melaksanakan dengan penuh dedikasi bukan saja
bertujuan untuk pelajar lulus peperiksaan, tetapi tidak kurang pentingnya ialah
untuk dijadikan amalan kehidupan seharian.
Sesungguhnya
setiap ilmu yang dipelajari adalah untuk diamalkan. Ilmu yang dipelajari
tetapi tidak diamalkan tidak memberi manfaat umpama seperti pokok yang subur
tetapi tidak berbuah.
Hari ini
banyak pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang, tetapi bankrap
moralnya. Kita gagal menghasilkan rakyat minda kelas pertama.
Bagi guru yang
mengajar matapelajaran tiada kaitan dengan agama, mereka masih berpeluang
melaksanakan dakwah. Sesungguhnya semua pengetahuan mempunyai kaitan dengan
agama.
Contoh
pelajaran sains juga mempunyai kaitan dengan agama kerana ia adalah ilmu yang
berkaitan dengan apa yang dicipta oleh Allah. Dengan itu, guru sains perlu
bijak bagaimana hendak kaitkan sains dengan dakwah.
Antara yang
boleh dikaitkan ialah kekuasaan Allah mencipta alam ini. Pelajar perlu berasa
apa juga yang berlaku di sekeliling ini adalah kuasa Allah dan sekaligus
meletakkan diri semakin hampir kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment