Monday, 5 October 2026

BUAH LAKOM DIJADIKAN UMPAN PANCING

 
Buah lakom dijadikan umpan pancing. Pokok lakom jenis tumbuhan liar menjalar yang biasa tumbuh di kawasan kampung, tepi sungai atau hutan.  

Nama “lakum” atau “lakom” adalah sebutan kaum Iban untuk buah ini .

Buahnya berbentuk kecil seperti anggur, bertukar warna ungu gelap kehitaman apabila masak. Air buahnya boleh meninggalkan kesan warna kebiruan atau kemerahan pada lidah dan pakaian.

Rasanya unik iaitu masam, sedikit manis, dan kelat di hujung lidah.

Buah lakom sangat popular digunakan sebagai umpan untuk memancing ikan sungai seperti ikan patin, baung, dan kaloi. Buah masak digunakan untuk umpan pancing.

Sebahagian masyarakat kampung menggunakan buah yang masam ini sebagai bahan campuran dalam masakan atau sambal ketika buah masih muda.