Wednesday, 8 September 2021

GUARANA TAMBAH TENAGA ATASI RASA LETIH

 
Mengalami banyak masalah kesihatan? Kurang tenaga dan kesihatan sering terganggu? Bagaimana cara hendak mengatasinya? Cubalah amalkan pengambilan ekstrak guarana.

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Secara ringkasnya, guarana dapat menbantu:

- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. Guarana mempunyai kesan ke atas platlet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

- Memerangi radikal bebas. Radikal bebas dihasilkan dalam sistem saraf, sistem imun dan sistem aliran darah. Radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Guarana boleh menghalang radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. 

- Memperbaiki sistem penghadaman. Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

- Melindungi hati. Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alkohol, pengerasan hati, asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. 

- Menguatkan sIstem imun. Penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibodi adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan.

Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari cepat tua.

Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

- Melawaskan kencing. Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

- Menguatkan keupayaan seks. Unsur awet muda dalam guarana sangat hebat.  Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

- Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran. Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

- Menghilangkan rasa lapar. Untuk mengurangkan berat badan, memakan guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada guarana.

- Menguatkan badan. Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 

No comments:

Post a Comment