Tuesday 3 May 2022

KURMA BAIK UNTUK LELAKI

 
Kurma buah universal yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh. Ia mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Kurma mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan penceranan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma sangat baik untuk lelaki. Sebab itu, kurma sering dijadikan bahan dalam pemakanan kesihatan lelaki. 

Khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencerdaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. 

Pengambilan kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok.

Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.


Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

No comments:

Post a Comment