Masyarakat
dahulu mengutamakan kerja bersama atau gotong royong. Amalan gotong royong
membersihkan kawasan kampung, tanah pertanian, kawasan perkuburan, membina
rumah, kerja kenduri dan sebagainya.
Namun
sekarang ini amalan itu semakin dilupakan, termasuk gotong royong kenduri,
termasuk kenduri perkahwinan.
Dahulu,
apabila ada kenduri kendara, jiran sekampung akan datang menolong melakukan apa
yang patut. Suasana meriah dan mengeratkan silatulrahim. Bantu membantu sesama sanak
saudara dan jiran menjadikan majlis berjalan lancar dengan mudah.
Namun
sekarang ini, semuanya dilakukan secara kontrak penyediaan makanan dan segala
kelengkapan lain. Tuan rumah hanya lihat dan pantau sahaja. Segala urusan
dilakukan pihak kontrak dan tunggu bayar sahaja.
Ada
tu, majlis dibuat di dewan atau hotel. Lagi mudah dan selesa.
Manakala
sanak saudara dan jiran tunggu masa majlis sahaja. Hadir untuk memeriahkan
majlis dengan makan-makan dan kemudian selepas makan terus pulang.
Kalaupun
hendak menyumbang, bawalah hadiah untuk pengantin atau keluarga. Lebih mudah
bawa sampul surat berisi wang. Hulur semasa bersalam dengan pengantin atau ibu
bapa pengantin.
No comments:
Post a Comment