Gingko biloba atau ginkgo biloba adalah hasil didapati daripada pokok gingko. Dalam ginkgo terdapat dua unsur yang bermanfaat untuk kesihatan iaitu flavonoid dan terpenoid.
Flavonoid
adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian menunjukkan
bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan
retina daripada kerosakan.
Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
Oleh
itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh
meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi
masalah peredaran darah.
Ginkgo
juga dikenali sebagai "herba otak". Gingko meningkatkan aliran darah ke
otak dan bertindak sebagai antioksida. Gingko membantu meningkatkan
ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur
yang sihat.
Gingko
boleh membantu mencegah perkembangan gejala penyakit pelupa, terutamanya jika ia berkaitan atau akibat hasil daripada penyakit salur darah.
Didapati
gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta
memudahkan pengidap alzheimer melakukan tugas seharian.
Kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang
aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi
kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa
menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko berjalan lebih jauh
berbanding sebelumnya.
Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser
Dapatkan produk gingko biloba
Di Shopee

No comments:
Post a Comment