Thursday, 1 April 2021

JAMBU BOL MASAK RASA MANIS

Jambu bol (Syngium malaccense L) merupakan sejenis buah tropika dari keluarga Myrtaceae. Nama lain jambu bol ialah jambu bubul, jambu dersana, jambu kepal, jambu merah, jambu keling, jambu payung dan jambu melaka. Pokok jambu bol kebanyakannya ditanam sebagai tanaman keliling rumah.

Jambu bol tidak sama dengan jambu air biarpun rupanya dari luar agak sama. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Bunga jambu bol agak unik di mana bunga akan dikeluarkan dalam jambak dengan jumlah sangat banyak daripada dahan dan batang tidak berdaun. Bunganya banyak stamen berwarna merah Dan apabila stamen gugur atas tanah serentak akan kelihatan merah di atas tanah.  

Buah jambu bol kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta 'spongy'.

Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat  terdapat ditengah-tengah buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai.  

Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah selepas 3 tahun ditanam.

Buah jambu bol dimakan segar mentah atau dicecah dengan garam untuk menambahkan kelazatannya. Ada yang buat rojak dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol.

No comments:

Post a Comment