Saturday, 5 September 2020

KHASIAT ASAM GELUGUR

Antara produk suplimen kesihatan yang semakin popular pada masa kini yang digembar-gemburkan mampu membakar lemak serta mengurangkan berat badan adalah produk berunsurkan garcinia cambogia atau buah asam gelugur.

Garcinia cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, namun ia telah lama digunakan di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Rasa daun dan bunga garcinia cambogia adalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam.

Nilai perubatan yang diketahui melalui kajian saintifik dunia barat mendapati garcinia cambogia mengandungi Asid Hidroksi-Sitrik (Hydroxy-Citric Acid; HCA). HCA dipercayai bertindak sebagai bahan yang boleh mengurangkan berat badan dan bahan yang boleh merencat nafsu makan.

Selain daripada itu, garcinia cambogia juga dikaitkan dengan khasiat perubatan dalam mengawal paras kolesterol tubuh dan mengawal keseimbangan gula dalam badan.

Bagi perubatan tradisional air rebusan buah asam gelugur juga dipercayai boleh mempercepatkan mengecutan rahim semasa proses berpantang, menyembuhkan sakit telinga dan mampu melegakan kesakitan gusi melalui kumuran air rebusan dan tampalan hirisan buah asam gelugur di celah gusi dan bahagian dalam pipi.

Dapatkan asam gelugur       
 
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/1VtDLp83f0?share_channel_code=1


No comments:

Post a Comment