Thursday, 8 May 2025

PISANG LEMAK MANIS SEDAP DIMAKAN MENTAH

 
Pisang lamak manis terkenal kerana kesedapan rasa dan mudah ditanam. Ada pendapat pisang lemak manis ada nama lain seperti pisang masak 40 hari, pisang boyan, pisang mantan, pisang bulin dan beberapa nama lain. Namun, tiada maklumat lanjut oleh Jabatan Pertanian.
 
Saiz pisang ini adalah bersaiz kecil seakan pisang mas, berbeza segi ketebalan kulitnya. Pisang mas kulitnya lebih tebal dan kenyal. Kulit pisang lemak manis biasanya melekat pada isinya, jadi sedikti sukar untuk mengupasnya.
 
Ada dua pendapat mengapa pasang ini digelar pisang masak 40 hari. Pertamanya ia akan masak selepas 40 hari selepas keluar dari jantung. Pendapat kedua kerana ia sering dijadikan jamuan ketika kenduri 40 hari arwah.
 
Sesuai dengan namanya lemak manis, pisang ini memang sedap kerana mempunyai tekstur yang halus, sangat manis, lemak dan beraroma.
 
Llazimnya buah pisang lemak manis sesuai dimakan segar. Selain itu boleh juga dibuat kuih, tetapi jarang-jarang dibuat pisang goreng.
 
Jantung pisang lemak manis kurang sesuai dimakan kerana rasanya yang kelat. 
 
Pokok pisang lemak manis tahan penyakit. Penjagaan agak mudah berbanding jenis pisang lain. Ia juga lebih cepat berbuah berbanding jenis pisang lain. Boleh dibiarkan banyak dalam satu rumpun, jadi hasilnya berganda. Apa yang penting kawasan sekeliling selalu dibersihkan. 

No comments:

Post a Comment