Perkhidmatan kereta api di Selatan Thailand masih
ketinggalan berbanding Malaysia. Namun, rakyatnya gemar menggunakan khidmat
kereta api, termasuk untuk perjalanan jauh sampai di Bangkok.
Stesen kereta api paling selatan Thailand adalah Stesen
Sungai Golok. Stesen ini dibuka pada 17 September 1921 sebagai sebahagian
daripada bahagian Laluan Selatan. Stesen ini menjadi pilihan penduduk Kelantan
pada masa dahulu untuk ke negeri di utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang. Pengguna akan memasuki ke Malaysia melalui Padang Besar.
Stesen Kereta Api Sungai Golok adalah stesen terjauh dari
stesen di Bangkok iaitu kira-kira 1,142.993 kilometer.
Perkhidmatan kereta api di Thailand dikendalikan oleh Kereta
Api Negara Thailand (SRT - State Railway of Thailand). Perjalanan dari Stesen
Kereta Api Sungai Golok ke Bangkok ada dua jenis iaitu jenis ekspres dan jenis
henti-henti. Kira macam di Malaysia jugalah.
Perkhidmatan jenis ekspres memang dikira moden. Namun, amat
jauh berbeza dengan perkhidmatan henti-henti. Masih menggunakan kepala kereta
api (lokomotif) dan gerabak penumpang jenis lama.
Gerabak penumpang masih mengguna kipas di bahagian atas.
Tiada penghawa dingin. Cermin perlu dibuka untuk memberi angin dari luar masuk.
Kerusi jenis kayu.
Namun, perkhidmatan kereta api masih menjadi pilihan utama
rakyat di selatan untuk bergerak menuju ke utara. Mereka menerima seadanya yang
disediakan oleh kerajaan. Tambang yang dikenakan dianggap murah berbanding
pengangkutan lain.
No comments:
Post a Comment