Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa
dipanggil ikan bekok atau ike bekok bagi merujuk kepada ikan yang diproses
hasil rendaman bersama garam semalaman sebelum dijemur selama empat jam di
bawah sinar matahari.
Ikan bekok dihasilkan daripada pelbagai jenis
ikan, namum paling mendapat permintaan ialah ikan bekok gelama, ikan bekok
cencara atau ikan bekok konge dan ikan bekok kerisi.
Dengan kata lain, ikan bekok bukan sejanis
atau spesis ikan, tetapi ikan yang telah diproses.
Ikan bekok seakan-akan seperti ikan kering.
Namun ciri-ciri utama ikan bekok ialah ia tidak kering sepenuhnya seperti ikan
kering.
Keadaan isi ikan yang masih tidak sepenuhnya
kering dan mengandungi air itu dinamakan bekok dalam istilah dialek Kelantan.
Selain itu maksud 'bekok' juga adalah
perbuatan memerap atau merendam sesuatu di dalam air untuk tempoh sekejap untuk
agar air meresap masuk.
Inilah proses membuat atau menghasilkan ikan
bekok yang mana ikan yang telah disiang dan dibersihkan akan diredam selama
beberapa jam di dalam air garam. Air garam itu akan meresap masuk ke dalam isi
ikan.
Maka, nama ikan bekok diambil dari dua sebab
iaitu keadaan ikan yang tidak sepenuhnya kering dan masih membengkak, dan sebab
kedua ialah proses merendam sekejap.
Namun, nama ikan bekok lebih tepat merujuk kepada
keadaan yang pertama iaitu tidak sepenuhnya kering dan masih membengkak. Nama ikan
bekok perlu diguna untuk membezakan dengan ikan kering yang sepenuhnya berada dalam
keadaan kering.
No comments:
Post a Comment