Thursday, 27 August 2020

KHASIAT KULIT PISANG MERAWAT JERAWAT DEGIL

Kita tahu buah pisang kaya khasiat. Buah pisang yang kaya khasiat itu adalah isinya. Namun, tidak ramai tahu khasiat atau kegunaan kulit pisang. Sebab itu kulit pisang akan dibuang apabila isinya diambil atau dimakan. Kalaupun kulit pisang digunakan hanya untuk makanan ternakan seperti lembu dan kambing.

Sebenarnya ada banyak manfaat dan kelebihan kulit pisang ni. Dari segi petua untuk cantik sampailah kepada tips penjagaan barang perhiasan.

Hilangkan jerawat degil
- Gunakan kulit pisang bahagian dalam.
- Gosok kulit pisang pada kulit wajah.
- Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut.
- Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air.
- Untuk lebih berkesan, amalkan 2 kali sehari dan lihat perubahannya.

Hilangkan kedutan kulit 
- Gunakan kulit pisang bahagian dalam.
- Gosok kulit pisang pada kulit
- Biarkan selama 45 – 60 minit.
- Kemudian cuci bersih.
- Amalkan 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.

Putihkan gigi
- Gunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar selama 2 minit.
- Amalkan rutin ini setiap hari, jadikan amalan selepas menggosok gigi.
- Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih.

Hilangkan gatal kulit dan ruam
- Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah.
- Hasilnya, kulit akan kembali halus dan ia mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal juga.

Redakan sakit kepada
- Kisar kulit pisang
- Kemudian tempelkan pada dahi atau kepala.
- Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala reda

Hilangkan sakit kepala
- Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama 1 jam
- Gosok lembut dan susun pada dahi dan belakang leher
- Biarkan hingga hilang sejuknya.
- Ulang hingga sakit berkurangan dan hilang.

Ubati luka
- Ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali.
- Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar.

Membersih barang perhiasan perak
- Kisar kulit pisang dan sedikit air. Jadikan pes.
- Guna pes tadi dan gosok pada permukaan barang perhiasan perak selama beberapa minit.
- Hasilnya barang perak akan kembali berkilat dan berseri seperti baharu.

No comments:

Post a Comment