Tuesday 19 May 2020

MANFAAT IKAN PUYU BANYAK PROTEIN

Ikan puyu sejenis ikan air tawar yang hidup di sungai, sawah, kolam, parit dan sebagainya, Kini, ikan puyu banyak dipelihara di dalam kolam kerana mendapat permintaan yang tinggi. Nama lain ikan puyu ialah ikan betok atau ikan betik. Di Sabah dan Brunei pula ia dikenali ikan karuk.

Ikan puyu atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah.


Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Pada masa dahulu, ikan puyu dipelihara di rumah kerana dipercayai dapat menghalang kuasa jahat mengganggu penghuni rumah. Namun, kepercayaan itu semakin hilang dan jika ada orang memelihara ikan puyu dalam rumah hanya sebagai ikan hiasan.

Ikan puyu mendapat permintaan tinggi kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan. Ikan puyu memang mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. 

Khasiat atau kebaikan memakan ikan puyu:
- Meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.
- Baik untuk pembesaran janin.
- Kaya protein.
- Mempercepat penyembuhan luka.
- Mencegah anemia.
- Merangsang perkembangan otak.
- Menyihatkan rambut.

- Membentuk otot badan.
- Mencegah osteoporosis
- Mengatasi masalah pencernaan

- Membina kembali sel yang rosak.
- Mengatasi tekanan perasaan.
- Mencegah penyempitan saluran darah.
- Menguatkan gigi.
- Meningkatkan ketahanan badan.

No comments:

Post a Comment