Sunday, 21 February 2021

PASAR NELAYAN PULAU KAMBING

 
Program Pasar Nelayan (PPN) memberikan peluang kepada nelayan untuk memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai pengguna.

Secara tidak langsung, Pasar Nelayan ini dapat memendekkan rantaian pemasaran dan nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan manakala pengguna pula mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan.

Antara PPN ialah di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Kompleks ini lokasinya di muara Sungai Terengganu yang lebar. Kalau menaiki bot menyusuri muara Sungai Terengganu, ia kelihatan sejajaran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Hotel Sri Malaysia, Jeti Polis Marin dan Hotel Felda. 

No comments:

Post a Comment