Saturday, 24 April 2021

UDANG GALAH DITERNAK PENUHI PERMINTAAN

Udang sejenis haiwan hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. 

Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara, termasuk di Malaysia, bagi memastikan bekalan cukup penuhi permintaan tinggi.

Antara udang paling diminati ialah udang galah atau nama saintifiknya  Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar. 

Memandangkan permintaan tinggi terhadap udang galah, ia kini diternak secara komersial menggunakan teknologi tinggi melibatkan pelaburan besar. 

Bagi kebanyakan kaki pancing, memancing udang galah sesuatu cukup mengujakan. Mereka sanggup memancing sepanjang hari, berpanas dan berhujan. Ada pemancing mencari kepuasan dapat udang galah biarpun dia tidak minat makan udang galah.  

Sekarang ini, sungai terdapat banyak udang galah semakin berkurangan. Punca udang galah berkurangan bukan kerana banyak telah dipancing, tetapi disebabkan sungai telah tercemar. 

Sungai tercemar tidak sesuai dijadikan tempat pembiakan udang galah. Bukan udang galah saja yang pupus, malah hidupan air lain.

Inilah akibat tidak menjaga alam sekitar yang mana kita tanggung kerugian. Hidupan sungai seperti udang, ikan, siput, belut dan ketam yang menjadi sumber makanan manusia semakin kekurangan. 

No comments:

Post a Comment