Kita
manusia ini asasnya mahu kepada suasana bersih. Persekitaran bersih menarik
minat untuk kita berkunjung dan menikmati keindahan di sesuatu kawasan. Ini
kerana kebersihan itu sendiri menjadi faktor menjadikan ia menarik dan disukai
pengunjung.
Sebenarnya,
bukan mudah untuk mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan, terutama di
tempat awam. Biarpun, kita suka kepada suasana bersih, namun banyak yang tidak
menjaga kebersihan.
Mencari
dan berkunjung ke tempat yang bersih, tidak menjamin sikap suka atau mengambil
berat menjaga kebersihan.
Masyarakat
hanya suka susana bersih, tetapi sikap tidak pembersih. Amat malang sekali.
Kebersihan
sama seperti ketertiban, ia bukan sekadar soal naluri. Banyak cabaran untuk
mendidik manusia menjadikan kebersihan itu satu tabiat.
Memandangkan
sikap menjaga kebersihan tidak lagi sebati dalam diri kebanyakan kita, seperti
banyak hal besar lain, kita harus berusaha menumbuhkan rasa untuk mahu bersih
dan menyukai kebersihan. Dan paling penting kita perlu bertindak menjaga
kebersihan.
No comments:
Post a Comment