Anak
yang lasak dan aktif memang petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Namun
begitu, jika terlebih lasak, makin pening ibu bapa dibuatnya. Apa ibu bapa perlu dilakukan?
Jangan
larang tetapi ibu bapa bantulah dengan cara lebih baik agar keadaan jadi lebih
terkawal atau anak-anak dapat salurkan kelasakkannya pada platform yang betul.
Anak
yang lasak dan aktif adalah anak-anak yang ada sifat impulsif yang tinggi. Mereka
perlu sentiasa bergerak. Mereka perlu sentiasa bertanya. Mereka perlu sentiasa
mencuba. Otak mereka terlalu sibuk.
Mereka
mudah jatuh minat dengan segala perkara yang ada di sekitar mereka. Mereka
ingin mencuba. Kejayaan melaksanakan apa yang ingin dicuba adalah sesuatu yang
paling mengembirakan.
Pengalaman
pertama itu akan membawa kepada penerokaan seterusnya. Mereka akan mendapat
pengalaman dan kemahiran yang bukan terhenti setakat itu sahaja. Mereka akan
terus meneroka dan mencuba.
Jadi,
jangan mudah rimas atau rungsing sengan sikap anak yang aktif dan lasak. Apa
yang penting bimbing mereka bagaimana hendak melakukan dengan selamat dan
batasan yang boleh dilakukan.
Bimbingan
daripada ibu bapa akan menjadikan anak lebih yakin dengan apa yang dilakukan.
Mereka lebih berhati-hati dan terus menunjukkan minat yang dapat memberi
manfaat.
No comments:
Post a Comment