Tuesday, 22 November 2022

KESAN BAIK SUMBANGAN BERTERUSAN

 
Pepatah Cina ada menyebut, "bila anda beri seseorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari tetapi bila anda ajar seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makan seumur hidup."
 
Maksudnya, jika kita ingin menolong orang, jangan berikan apa yang dia perlukan tetapi berilah bantuan agar mereka dapat berdikari dan lebih lestari.
 
Cara memberi bantuan yang bersifat membolehkan seseorang berdikari perlu diberi penekanan oleh pihak yang ingin membantu. Ajar mereka dan berikan keperluan untuk mereka berdikari melakukan kerja atau aktiviti yang membolehkan mereka mampu mencari pendapatan secara berterusan.
 
Mungkin bantuan itu memerlukan kos lebih tinggi, tetapi ia berbaloi untuk mereka mendapat pendapatan berterusan.
 
Jika memberi sumbangan atau bantuan bersifat keperluan semasa seperti barang makanan dan wang seperti dilakukan kebanyakan penyumbang, ia hanya bersifat sementara. Barang yang disumbang itu akan habis dan perlu dibantu berulang-ulang dan mungkin sepanjang masa.
 
Sedangkan jika diberikan peralatan dan kemahiran, mereka boleh berusaha mencari sendiri keperluan untuk hidup. Jikapun masih perlu dibantu, tentu sekali tidak perlu berulang-ulang.
 
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) atau Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Kelantan adalah antara yang membantu cara memberi ‘kail’. Banyak individu yang dibantu kini sudah mampu berdikari, bahkan boleh pula membantu orang lain.
 
Jika ingin menyokong kerja kebajikan MACMA, boleh salurkan kepada:-
Nama bank: AmBank Islamic
Nama akaun: MACMA Kelantan
No akaun: 0082 0220 2075 8
 
Gambar: Projek tanam cendawan diusahakan MACMA Kelantan untuk membantu asnaf
 

No comments:

Post a Comment