Monday, 30 January 2023

KAMPUNG LAUT DESTINASI MESTI LAWAT

 
Laman Warisan Serunding Kampung Laut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula Kampung Laut yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
 
Projek ini menjadikan Kampung Laut sebagai sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi ‘mesti lawat’ di Kelantan.
 
Laman Warisan Serunding Kampung Laut ini menyediakan 11 ruang niaga untuk memasarkan makanan tradisional terutamanya serunding Kampung Laut yang cukup terkenal dihasilkan pengusaha di kampung berkenaan.
 
Selain itu, projek pembangunan semula Kampung Laut turut merangkumi Laman Warisan Seni Kampung Laut yang membuka peluang kepada para pengusaha tempatan untuk mempamerkan karya seni mereka.
 
Laman Warisan Seni menyediakan ruang untuk menjual produk tempatan seperti batik, wau dan kraf tangan kepada 12 peniaga tempatan.
 
Projek pembangunan semula Kampung Laut ini turut melibatkan pemindahan masjid tertua di Malaysia, Masjid Kampung Laut dari Nilam Puri ke tapak yang tidak jauh dari tapak asal. Tapak asal Masjid Tua Kampung Laut kini menjadi sebahagian kawasan sungai akibat hakisan. 

No comments:

Post a Comment