Mendapatkan sumber laut segar seperti ikan,
sotong, udang, ketam dan macam-macam lagi menjadi keutamaan mereka yang
mementingkan cita rasa segar dan menikmati rasa enak hasil laut berkenaan.
Justeru, mendapatkan bekalan terus dari
nelayan atau bot yang baharu pulang dari laut menjadi pilihan untuk mendapat
sumber laut yang masih segar. Antara lokasi dicadangkan untuk mendapatkan
sumber laut segar ialah di Pasar Ikan Segar Jeti Sayuti, Kampung Geting Tumpat.
Beroperasi dari pagi sehingga petang (rehat pukul 2 hingga 3 petang) di bangunan yang terletak di tepi Sungai Geting itu memang menyediakan pelbagai jenis hidupan laut yang baharu diturunkan di jeti.
Selain segar, harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tempat lain kerana tidak melibatkan banyak peringkat peniaga. Ada yang dijual terus oleh nelayan sendiri.
Untuk ke sana, boleh melalui jalan atau lorong yang terdapat bersetentang dengan Masjid As-Somadi Mukim Geting atau lebih mudah menggunakan kemudahan carian arah melalui internet.

No comments:
Post a Comment