Monday, 3 July 2023

Ahli UMNO perlu jauhi perpecahan

 
Dalam politik masing-masing ada pendapat dan pandangan. Ada yang sentiasa meletakkan dia yang terpaling banyak menyumbang, terpaling tular, terpaling betul dan macam-macam lagi.
 
Ada juga yang hendak tunjuk marah, dengki, sinis serta dendam. Tetapi yang hairannya semuanya marah kepada presiden, marah kepada parti UMNO. Sikit-sikit salah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
 
Perkara yang tiada kaitan dengan UMNO dan Ahmad Zahid pun ditujukan salah mereka. Yang mendengar pula mempercayai atau menerima sahaja tuduhan itu. Mereka tidak guna otak. Tidak selidik tentang lojiknya perkara itu.
 
Memang sakit orang poltik ini telah kronik. Banyak sangat toksid politik yang dicipta setiap hari. Otak dan pemikiran mereka telah tepu dengan pemikiran jumud. Sikap taasub telah menguasai diri sehingga hanya diri sendiri sahaja betul. Orang lain semua salah.
 
Di dalam UMNO sendiri masih belum padu. Masih ada pemimpin dan ahli tidak selari dengan presiden. Mereka masih tidak ambil pengajaran dengan dua kekalahan teruk pada dua PRU dahulu.
 
Jika keadaan dalam penafian pada realiti politik hari ini, UMNO sendiri yang dalam kerugian. Sikap masih bertelagah antara sesama sendiri semata-mata disebabkan orang lain tidak mengikut apa yang mereka ingini perlu dibuang jauh-jauh.
 
Cukuplah bersengketa sesama sendiri. Lihat sahaja yang kini kononya masih UMNO tetapi zahirnya mahukan PN berkuasa. Mereka semua ini lupa daratan bagaimana UMNO diperkotak-katikan. Berapa lama lagi mereka mahu menjadikan parti ini sebagai “punching bag” yang tiada kesudahan.
 
UMNO telah melalui pemilihan pemimpin baharu di semua peringkat dari cawangan, bahagian dan pusat. Kepada yang menawarkan diri dan terpilih, laksanakan amanah yang diberikan. Kepada yang kalah, terimalah hakikat bahawa kekalahan itu bukan bermakna perlu mendiamkan diri atau jauh sama sekali meninggalkan UMNO.
 
Inilah masanya kepada yang menang dan kalah bersama-sama berganding bahu untuk memperkuatkan UMNO. Kena kuatkan kuda-kuda. Kukuhkan jati diri. Kuatkan cita-cita ingin membela Islam dan Melayu melalui wadah UMNO.
 
Jauhkan sikap bermuka-muka. Jangan turutkan kata-kata musuh politik yang siang dan malam meratib nama presiden.

No comments:

Post a Comment