Durian dipanggil raja buah. Sesuai dengan
gelaran, harga durian menjadi buah ekslusif dan pilihan golongan berada. Harga
durian kampung yang pada suatu ketika dahulu dijual murah apabila musim gugur
memuncak, kini masih lagi dianggap mahal. Tidak ada lagi peluang untuk mendapat
harga durian murah.
Mahal atau murah harga durian bukan
disebabkan ekonomi negara. Harga durian diimbangi atau ditentukan oleh
penawaran dan permintaan. Jika penawaran tinggi dan permintaan rendah, maka
harganya akan jadi rendah. Sebaliknya, jika penawaran rendah dan permintaan
tinggi, maka harga di pasaran akan jadi tinggi.
Harga durian jadi mahal disebabkan pembeli
sanggap membeli dengan harga mahal. Malah menjadi kebanggan pula dapat makan
durian mahal. Mereka akan muat naik gambar sedang makan durian dan dinyatakan
nama jenis durian itu.
Biarpun tidak dinyatakan harga yang dibayar
untuk membeli durian, semua orang maklum mengenai harga durian popular seperti
musang king atau raja kunyit. Hanya orang kaya sahaja boleh makan jenis durian
musang king. Jadi, sesiapa yang muat turun gambar makan durian musang king, itu
boleh diangggap golongan kaya.
Kita tidak perlu bising dan merungut jika
harga durian mahal. Jika rasa tidak sanggup atau tidak bersedia untuk membeli
harga yang ditetapkan, jangan membelinya. Anggaplah bukan rezeki kita boleh
makan buah durian.
Buah durian bukan makanan wajib. Jika tidak
makan durian tidak akan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada
kesihatan. Durian bukan barang keperluan wajib yang mesti dimakan. Jadi, tidak
perlu bimbang atau terbeban perasaan disebabkan tidak mampu membeli durian.
Ketika kita tidak makan durian, sebenarnya banyak
individu lain yang senasib dengan kita. Pertama, orang tidak makan durian
kerana tidak mampu membeli atau membayar harga yang mahal.
Kedua, banyak orang tidak makan durian kerana
tidak tahan bau dan rasa yang dikatakan tidak menyenangkan. Bau durian yang
kuat menyebabkan buah itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik hotel.
Malah, banyak individu tidak sanggup membawa durian di dalam kereta kerana bau
yang kuat itu boleh menyebabkan orang berada di dalam kereta tersebut menjadi
pening dan muntah.
Dan ketiga adalah kerana masalah penyakit. Makan
durian memberi kesan buruk kepada mereka mengidap kencing manis, darah tinggi
dan buah pinggang. Beringatlah jika ingin makan durian. Jangan makan terlalu
banyak yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.
No comments:
Post a Comment