Umbut ialah bahagian pangkal pucuk batang pokok
jenis palma seperti kelapa, pinang, kelapa sawit, kabung, pinang, nipah dan
lain-lain. Umbut adalah bahagian batang yang masih lembut dan boleh
dimakan.
Memandangkan ia bahagian yang boleh dimakan, bahkan
sedap pula, maka banyak orang sanggup bersusah payah untuk mengumbut
(mengambil) umbut.
Umbut boleh dimakan mentah. Rasanya kelat manis, berlainan
mengikut jenis pokok.
Selain itu, umbut biasanya digulai atau dibuat
acar. Masakan umbut biasanya dijadikan hidangan istimewa di majlis kenduri
kahwin. Mereka sanggup masuk hutan (untuk mencari pokok tertentu) atau menebang
pokok kelapa untuk mendapat umbut sebagai hidangan tetamu yang hadir.
Proses mendapatkan umbut ialah memotong batang yang
masih ditutupi pelepah. Umbut lembut terdapat di dalam bahagian yang masih
ditutupi pelepah.
Bahagian lembut itu bakal menjadi keras apabila pelepah telah
berkembang dan menjadi batang matang apabila pelepah telah gugur.
No comments:
Post a Comment