Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sungai termasuk
dalam senarai sekolah di pedalaman jajahan Gua Musang. SK Kuala Sungai terletak
di Kampung Lulut, tidak jauh dari tebing Sungai Nenggiri.
SK Kuala Sungai memulakan operasi pada 1989 sebagai cawangan atau pentadbirannya diletak di bawah SK Bertam. Pada tahun 1990, SK Kuala Sungai ditubuh secara rasminya dengan guru besar pertamanya Aziz bin Tahir.
Perhubungan utama ke SK Kuala Sungai ialah melalui jalan air dari Bertam Baru atau jeti lain yang berada berhampiran. Masa perjalanan menggunakan bot dari jeti di Bertam Baru ke jeti di Kampung Sungai ialah kira-kira 10 hingga 15 minit.
Cara lain untuk ke SK Kuala Sungai ialah melalui jalan darat belum berturap di sepanjang Ladang Kelapa Sawit Serasa dari Cabang Felda Chiku di Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
Di SK Kuala Sungai disediakan asrama untuk kemudahan pelajar belajar dengan selesa. Kemudahan lain dinikmati atau digunakan pelajar SK Kuala Sungai adalah sepertimana dinikmati pelajar-pelajar di sekolah lain.

No comments:
Post a Comment