Penggunaan minyak zaitun masih kurang berbanding minyak minyak sawit, minyak soya dan minyak sayuran yang lain.
Spanyol merupakan negara penggeluar
terbesar Extra Virgin Olive Oil dan diikuti dengan Itali dan Greece.
Kualiti dan gred minyak zaitun ditentukan
oleh bau dan rasa minyak tersebut. Hidu dengan hidung dan rasa dengan lidah,
bunyinya sangat mudah tetapi untuk mengoptimumkan deria bau dan deria rasa
adalah satu cabaran.
Bau yang dihidu dan rasa yang dirasa perlu dikenal pasti
kemudian diterjemahkan dan ditafsirkan dengan bahasa tempatan yang mudah supaya
karakter dan ciri bau dan rasa difahami masyarakat.
Fungsi hidung dan lidah amat ditekankan supaya
keseimbangan bau dan rasa Extra Virgin Olive Oil dikenal pasti bagi membolehkan
menentukan gred dan kualiti minyak zaitun pada masa akan datang. Proses ini
dinamakan Ujian Organoleptik.
Untuk menguji minyak zaitun, penguji tidak
dibenarkan pakai minyak wangi, krim tangan, minum kopi, dan merokok kira-kira 30
minit sebelum ujian dilakukan.
Gelas penguji perlu dipanaskan dengan tapak
tangan terlebih dahulu bagi menghasilkan sedikit haba seterusnya membolehkan
kumpulan meruap dalam minyak zaitun mengeluarkan bau.
Hidu dengan penuh ketenangan lantas penguji
boleh mengetahui ciri-ciri bau kehijauan dan kesegaran alami seterusnya otak
kita terus menterjemahkan dan menafsirkan karakter bau tersebut.
Di TikTok

No comments:
Post a Comment