Monday, 20 January 2025

LOKOMOTIF KELAS 25 MILIK KTMB

 
Kepala kereta api atau lokomotif kelas 25 yang dimiliki Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai keistimewaan tersendiri.
 
Dengan kuasa 1,500 kuasa kuda dan  daya tarikan hebat sebanyak 43,800 lbf, lokomotif diesel elektrik ini memainkan peranan penting dalam operasi KTMB.
 
Lokomotif buatan General Motors, Ontario, Kanada ini digunakan untuk menarik gerabak kereta api penumpang, memastikan setiap perjalanan lancar, selesa, dan selamat ke destinasi yang dituju.
 
Istimewanya, lokomotif ini direka untuk menangani pelbagai cabaran di atas landasan dan mampu mencapai kelajuan maksima 107 kilometer perjam.
 
Lokomotif Kelas 25 melambangkan teknologi moden yang menjadi tulang belakang pengangkutan penumpang KTMB.
 
Setiap pergerakan lokomotif ini menghubungkan bandar-bandar, komuniti, dan destinasi utama, menjadikan perjalanan harian lebih mudah untuk semua pengguna KTMB.  
 
Mula diperkenalkan pada tahun 1990, terdapat dua peringkat penerimaan aset iaitu pada 1990 sebanyak 12 lokomotif dan sebanyak lima lokomotif lagi diterima pada 2002.
 
Nombor dan nama pengenalam bagai setiap kokomotif tersebut ialah:
 
Kumpulan pertama pada tahun 1990 (25101 – 25112)
- 25101 Pulau Angsa
- 25102 Pulau Besar
- 25103 Pulau Bidong
- 25104 Pulau Indah
- 25105 Pulau Jerejak
- 25106 Pulau Labuan
- 25107 Pulau Langkawi
- 25108 Pulau Pangkor
- 25109 Pulau Perhentian
- 25110 Pulau Pinang
- 25111 Pulau Redang
- 25112 Pulau Tioman
 
Kumpulan kedua pada tahun 2002 (25201 – 25205)
- 25201 Zamrud
- 25202 Delima
- 25203 Nilam
- 25204 Mutiara
- 25205 Berlian


No comments:

Post a Comment