Friday, 11 April 2025

AYAM BISMI BERSIH LAGI HALAL

 
Ayam Bismi diternak di ladang yang bersih dan dijaga rapi. Anak ayam yang dibawa masuk ke reban sebaik sahaja menetas. Diberikan perhatian sejak dari hari pertama.
 
Makanan ayam buatan Ayam Bismi sendiri tanpa bahan terlarang dan menggunakan bahan organik. Setiap fasa anak ayam diberi jenis dedak yang berbeza.
 
Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan secara berkala oleh pasukan doktor veterinar bertauliah. Ayam sentiasa dipastikan cukup air, cukup makanan dan dijaga rapi semasa di dalam ladang.
 
Selepas 30 hari dan mencapai berat yang ideal, ayam sedia untuk diproses mengikut syarak yang ditetapkan oleh JAKIM. Setiap ayam disembelih oleh penyembelih bertauliah dan diproses sendiri secara manual.
 
Selepas dipotong dan dibungkus, ayam sedia untuk dihantar terus kepada pelanggan.
 
Ayam Bismi adalah satu dakwah untuk mengajak semua umat Islam berpegang teguh kepada "mencari yang halal itu wajib". Manakala penyediaan makanan halal itu fardu kifayah.

No comments:

Post a Comment