Thursday, 3 July 2025

SEBENARNYA TIADA ORANG BACA

 
Pada penelitian ambo, banyak ahli kumpulan WahtsApp mana-mana sekalipun, hanya berdiam diri. Mereka kekal dalam kumpulan kerana menghormati namanya telah dimasukkan.
 
Sedangkan sebenarnya, dia tidak membaca pun hantaran-hantaran yang beratus-ratus itu. Atau kalau membaca pun, sekadar dua tiga hantaran atau dilakukan secara sepintas lalu. Dia tidak ambil kisah pun apa yang dituliskan. Tiap-tiap hari dia akan delete secara keseluruhan.
 
Ambo pun sedar, hok ambo tulis ni bukan banyak orang baca pun. Pautan hok ambo hantar pun ambo tahu ore tidak baca. Ambo boleh semak atau tahu berapa ore baca di blog ambo.
 
Jadi, kepada sahabat yang gemar buat hantaran, terutama perkara yang berulang-ulang, ketahuilah bahawa sebenarnya tiada ore baca pun. Kalau ada ore baca, dua tiga orang sahaja. Pakat doh hantar, sedangkan dia sendiri tidak baca.
 
Sebab tu ambo suka tulis di FB dan blog. Ada hantaran ambo yang pernah mencecah sejuta orang melihatnya. Banyak orang baca yang dapat dikenal pasti melalui semakan di blog. Tulis dan kongsi secara santai-santai. Tidak perlu hendak fikir hendak perli atau adu domba.
 
Salam ceria dan muhasabah diri sendiri. Peringatan untuk ambo sendiri. Maaf dipinta atas terkasar bahasa, terguris rasa. 

Disalin daripada satu kumpulan WhatsApp

No comments:

Post a Comment