Perkataan "hasbunallah wanikmal wakil" adalah
perkataan bahasa Arab yang bermaksud "cukuplah Allah bagi kami, dan Dialah
sebaik-baik pelindung".
Perkataan itu adalah satu lafaz zikir dan doa yang menunjukkan
tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT, memohon pertolongan dan perlindungan-Nya
dalam segala urusan, dengan keyakinan bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat
bersandar.
Ia adalah ungkapan yang sering diucapkan oleh para nabi,
seperti Nabi Ibrahim ketika dicampak ke dalam api, dan kaum Muslimin ketika
menghadapi ancaman.
Menguncapkan doa tersebut dapat mengingatkan bahawa hanya
Allah SWT tempat bergantung dan memohon pertolongan. Ia dapat menenangkan kerisauan
dan kegelisahan kerana yakin Allah SWT lebih berkuasa.
Sesiapa mengungkapan perkataan itu akan beroleh kemudahan,
rezeki, dan penyelesaian masalah kerana berserah kepada Allah SWT dan Dia
berkuasa memberi apa yang diperlukan oleh hamba yang sentiasa berserah
kepada-Nya.

No comments:
Post a Comment