Jaga lidah
satu amanah Allah yang paling sukar dijaga, walaupun dalam menyampaikan kebenaran
dan ilmu. Jika dalam maksud kebaikan
juga seringkali berlaku fitnah, inikan pula jika memang bernada fitnah.
Nabi
Muhammad memberi peringatan agar kita bercakap kena pada tempat dan betul pada
masanya. Adakalanya kita bercakap
mengenai sesuatu yang betul tetapi tidak kena pada tempat atau masanya.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Jangan kamu berbicara dengan sesuatu perkara yang tidak
terjangkau oleh pemikiran sesuatu kaum kerana nescaya ia akan menimbulkan
fitnah semata-mata.” (Hadis riwayat Muslim).
Oleh
itu amat penting ketika bercakap mestilah timbul dari hati yang ikhlas dan rasa
ketakwaan. Setiap patah perkataan yang
diucapkan adalah tanggungjawab yang akan disol pada akhirat kelak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
badan binasa.
Dalam
hadis lain pula dikatakan tidak lurus (sempurna) iman seseorang yang tidak
lurus pada lidahnya. Hadis diriwayatkan
oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba,
sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah lurus
pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak
akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”
Keikhlasan
memang amat penting. Kita biasa
mendengar istilah bodek, memuji-muji bukan sebenarnya. Situasi ini sering berlaku di pejabat. Pekerja yang kaki bodek sanggup mengiyakan
atau memuji-muji pihak atasan, sedangkan itu bohong semata-mata.
Orang
melakukan bodek bertujuan mengambil hati pihak atasan bagi tujuan mudah naik
pangkat, diberi keistimewaan atau apa-apa yang dihajati. Dia memberi pujian bukan kepada orang yang
berhak menerimanya. Sebaliknya orang
yang tidak bersalah pula dikaitkan sama agar menampakkan kehebatan pujian itu.
Amalan
bodek ditegah dilakukan. Rasulullah
pernah menyuruh agar orang yang suka membodek ditaburkan debu di mukanya. Dari Abu Hurairah katanya: “Kami disuruh oleh
Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan
mengampu-ampu.” (Riwayat Ibnu Majah).
Amalan
bodek menimbulkan pelbagai masalah dengan rakan sekerja yang lain. Tambah lagi jika melibatkan pula fitnah dan
menyebarkan khabar angin mengenai rakan sekerja. Hal ini menyebabkan berlaku penindasan, pilih
kasih dan tidak adil.
Allah
meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217
bermaksud: “Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
Maka
sebab itu ada pepatah menyebut lidah itu lebih tajam daripada pedang. Pedang yang disalahgunakan atau tidak dijaga
dengan baik pasti mendatangkan bahaya kepada diri orang lain dan mungkin juga
kepada pemiliknya.
Sesiapa
yang menjaga mulutnya, maka dia diberi balasan syurga. Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah dalam
sabdanya diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: “Sesiapa memberi jaminan kepadaku
apabila yang di antara dua tulang rahangnya (lidah) dan yang di antara dua
kakinya (kemaluan), nescaya aku akan menjamin baginya syurga.”.
Jika
seseorang berjaya mengawal mulutnya dijamin ke syurga, maka sebaliknya jika
gagal mengawalnya. Seorang sahabat
pernah menanyakan kepada Rasulullah apakah sebab terbesar seseorang masuk
neraka, maka baginda menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Dua rongga badan
iaiatu mulut dan kemaluan.” (Hadis
riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Jelaslah
menjaga lidah itu amat penting dalam menjamin kejayaan hidup di dunia dan
akhirat. Mereka yang hidup dalam keadaan
lidahnya hanya menyebut perkataan baik, dialah seorang yang bijak dan darjatnya
tinggi di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment