Wednesday, 7 February 2018

AKIBAT LALUAN JENTERA BOMBA TERHALANG

Kebakaran satu tragedi. Banyak sebab punca berlaku kebakaran. Apabila berlaku kebakaran, pihak bomba dipanggil untuk memadam kebakaran.

Pihak bomba berusaha sampai ke tempat ke bakaran secepat mungkin. Malah, kebanyakan boleh bomba sekarang dibina di banyak tempat untuk memberi khidmat memadam kebakaran dengan lebih pantas.

Malangnya, dalam banyak keadaan, jentera bomba tidak boleh memasuki atau menghampiri dengan cepat ke tempat kebakaran kerana laluan yang sempit.

Kita tahu, ukuran lebar jentera bomba lebih besar berbanding kenderaan lain. Kebanyakan laluan yang ada sekadar muat untuk kereta. Laluan sempit disebabkan tuan tanah membuat pagar atau tiang.

Pembinaan rumah baru dan pagar yang tidak memberi laluan yang secukupnya sepatutnya tidak berlaku. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertegas tidak membenarkan pembinaan yang akan menghalang laluan kenderaan besar, terutama jentera bomba.

Akibat kesukaran sampai ke tempat kebakaran, banyak kes kebakaran yang sepatutnya boleh dipadamkan dalam tempoh masa singkat dan mengelak daripada memusnahkan keseluruhan rumah atau melarat ke rumah-rumah sebelah, telah belaku sebaliknya.

Itu tidak temasuk kes yang mana tekanan air dari pili bomba yang rendah atau terletak jauh dari tempat kebakaran.

Kebakaran satu kecelakaan, tetapi tahap kecelakaan itu boleh dikurangkan jika jentera bomba dapat sampai awal dan bekalan air mencukupi.

Semoga semua pihak mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak keadaan lebih buruk.

No comments:

Post a Comment