Takuk
dibuat pada batang pokok kelapa untuk mudah memanjatnya. Takuk adala takik yang
agak dalam pada batang pokok kelapa sebagai tempat berpijak semasa memanjat.
Membuat
takuk atau dalam dialek Kelantan disebut takak dengan jarak antara satu
kira-kira setengah meter membolehkan separuh tapak kaki bahagian luar berpijak.
Takuk
dibina berselang seli kiri dan kanan di bahagian batang pokok. Ini memudahkan
kaki di angkat ke atas berganti kiri dan kanan.
Kedalaman
takuk biasanya antara lima hingga tujuh sentimeter. Takuk tidak boleh dibuat
terlalu dalam untuk mengelak pokok jadi 'sakit'.
Takuk
akan dibuat dari masa ke semasa mengikut peningkatan ketinggian pokok kelapa.
Takuk
dibuat sehingga kiri-kira satu meter dari pelepah kelapa paling bawah. Jarak itu
memudahkan untuk pemanjat naik ke pelepah jika perlu.
Bagaimanapun,
kebanyakan pokok kelapa sekarang ini tidak lagi dibuat takuk kerana tidak ramai
orang ingin memanjatnya. Sebaliknya, penggunaan khidmat beruk untuk memetik
buah kelapa lebih banyak digunakan. Ia cara paling mudah dan selamat.
Salam
ReplyDelete