Pasangan
Adam dan Hawa memperoleh zuriat secara berpasang-pasang, lelaki dan perempuan
setiap kali Hawa melahirkan anak. Antara
pasangan itu ialah Habil dilahirkan kembar dengan Labuda dan Qabil bersama
kembarnya Iqlima.
Apabila
dewasa mereka dinikahkan dengan adik beradik, tetapi bukan dengan kembar
masing-masing. Adam menentukan Qabil
berkahwin dengan Labuda dan Habil dengan Iqlima.
Bagaimanapun Qabil membantah kerana Labuda
tidak cantik. Dia ingin mengahwini
kembarnya sendiri Iqlima yang cantik rupawan.
Kedegilan
Qabil menyebabkan Adam buntu fikiran. Maka Allah SWT memerintahkan agar penentuan siapa layak mengahwini
Iqlima dilakukan dengan penyediaan korban kepada Allah SWT. Siapa yang diterima korbannya oleh Allah SWT,
dialah layak menjadi pasangan Iqlima.
Peraturan
tersebut diterima oleh Habil dan Qabil. Mereka menyediakan korban mengikut apa yang dimiliki masing-masing.
Habil
yang menjadi penternak telah menyediakan korban seekor kibas yang paling baik
dan gemuk daripada hasil ternaknanya. Kibas itulah paling disayanginya.
Manakala
Qabil pula menyediakan gandum sebagai korban kerana dia seorang petani. Tetapi, Qabil memilih gandum yang telah busuk
dan tidak lagi sesuai untuk dimakan. Gandum yang baik disimpan untuk dimakan.
Kedua-dua
korban itu diletakkan di atas puncak gunung. Mana-mana korban yang diterima oleh Allah akan dimakan oleh sejenis api
putih dari langit, manakala korban ditolak akan dimakan oleh burung dan
binatang. Korban Habil telah diterima
oleh Allah SWT.
Peristiwa
tersebut diceritakan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: “Dan bacalah
(wahai Muhammad) kepada mereka kisah mengenai dua orang anak (Habil dan Qabil)
yang berlaku sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan suatu persembahan
korban.
"Lalu diterima korban salah
seorang daripadanya (Habil) dan ditolak korban yang lain (Qabil), berkata
(Qabil): “Demi sesungguhnya aku akan membunuhmu!” Jawab (Habil): “Hanya Allah menerima (korban)
dari orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27).
Korban
Habil diterima kerana keikhlasannya melakukan korban itu. Dia memilih yang terbaik dan apa yang
disayanginya.
Sedangkan Qabil memilih
apa yang tidak lagi diperlukan olehnya. Dia awal-awal lagi tidak ikhlas dan menyimpan sikap bongkak tetap tidak
mahu menerima Labuda.
Sikap
Habil menepati makasud korban yang sebenarnya. Dia sanggup mengorbankan apa yang disayangi demi untuk menzahirkan
keikhlasannya.
Habil menyediakan korban
yang baik bukan untuk menandingi korban Qabil bagi memperisterikan Iqlima. Bahkan Habil sanggup menerima siapa sahaja
pasangan untuknya, termasuklah Labuda yang hodoh.
Dendam
Qabil pada Habil semakin memuncak hingga ke satu peringkat tidak dapat dikawal
lagi. Pada suatu hari Qabil memukul
Habil dengan sebatang kayu sehingga mati.
Peristiwa itu adalah kejadian pembunuhan yang pertama dan dipercayai
juga kematian pertama keturunan manusia.
No comments:
Post a Comment