Masyarakat Malaysia diterjah
dengan istilah ‘doula’. Apa itu doula? Tentu sekali bukan merujuk kepada dodol
gula!
Perkataan ‘doula’ berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”. Golongan ini telah pun
wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada
para ibu yang hamil dan bakal bersalin.
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula
adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi
emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan
fizikal (secara sentuhan seperti urutan).
Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan
bersalin, atau telah bersalin.
Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu
mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.
Secara asasnya, ada 3 jenis doula iaitu doula antepartum,
doula labor, dan doula pospartum.
Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan
mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.
Doula labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin.
Namun, polisi hospital kerajaan tidak membenarkan orang
lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di
Malaysia juga tidak membenarkannya.
Manakala, doula postpartum akan berada di sisi ibu selepas
bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan. Ada juga doula
postpartum yang membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.
Khidmat doula dikatakan
popular di sesetengah negara barat. Doula merupakan individu yang bukan dari
bidang perubatan tetapi hadir memberi sokongan dari segi emosi dan fizikal
kepada ibu-ibu mengandung sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak.
Kelahiran melalui doula
didakwa dapat mengurangkan risiko melahirkan anak secara pembedahan, kurang
berkemungkinan untuk menggunakan sebarang ubat tahan sakit serta para ibu dapat
melahirkan anak secara positif.
Isu
doula timbul bukan kerana fungsinya, tetapi sisi buruk amalan itu. Ini tidak
dinafikan kerana di sebalik kebaikan ada kelemahan atau keburukan.
Maka,
kesan baik itu perlu dipertingkatkan dan kesan buruk perlu dikawal. Jangan
kerana terlalu mempromosikan kebaikan sehingga mengabaikan kemungkian keburukan
akan berlaku.
Untuk memperlihatkan kebaikan, banyak perkara yang tidak
sepatutnya dilakukan telah menjadi ‘fungsi’ dan ‘kepakaran’ doula. Mereka
memberi fakta yang bercanggah dengan amalan perubatan biasa.
Antara yang dipromosikan oleh doula ialah kelahiran di
rumah yang dikatakan akan mengelak kemungkinan risiko melahirkan anak secara pembedahan, kurang berkemungkinan untuk
menggunakan sebarang ubat tahan sakit serta para ibu dapat melahirkan anak
secara positif.
Dalam kelahiran biasa, perkara
itu tidak menjadi masalah. Ibu dahulu bersalin dengan selamat di rumah dengan
bantuan bidan kampung.
Persoalannya apabila
melibatkan kelahiran berisiko. Sudah ada kes kematian bayi akibat komplikasi
ketika proses kelahiran yang berlangsung di rumah. Ibu dikatakan tidak ke
hospital disebabkan mendengar nasihat doula.
Kita sepatutnya ke hadapan, bukannya kembali kepada
keadaan di mana bilangan hospital amat kurang dan berada jauh dari rumah.
No comments:
Post a Comment