Satu jenis durian
terkenal di Sabah ialah durian merah. Durian merah atau nama tempatannya di
Sabah adalah marahang atau maraang. Durian marahang dipanggil durian merah
disebabkan warna isinya berwarna merah. Rasa isinya tidaklah sama dengan jenis durian.
Durian merah rasanya manis, lemak dan lemak manis.
Biasanya pokok durian
merah tumbuh meliar di hutan tebal di Sabah. Satu lagi keunikan buah durian
merah ialah ianya tidak akan gugur seperti buah durian yang lain. Biasanya
untuk mengambil buah durian merah kenalah memanjat pokoknya apabila buahnya
dilihat sudah matang.
Kebiasaannya isi
durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau
dibuat tempoyak serta rasanya memang unik, sedap dan lain dari yang lain.
Buah ini bermusim dan
hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan
September hingga Oktober. Durian merah dipercayai berasal dari Kalimantan
Indonesia yang kedudukannya satu pulau dengan Sabah. Jadi, tidak pelik jika
pokok durian merah juga terdapat di Sabah.
Sebenarnya, buah
durian merah semakin popular di Indonesia. Usaha mengklon dan membiak baka
durian merah telah dilakukan oleh petani dan pihak berkuasa Indonesia. Satu kawasan yang terkenal dengan durian merah
di Indonesia ialah Banyuwangi yang terletak di Pulau Jawa berhampiran dengan
Pulau Bali.
No comments:
Post a Comment