Semua tahu daging babi haram bagi orang Islam. Tetamu yang
hadir bukannya dari satu bangsa saja, maka penganjur perlu peka dengan semua
perkara ini. Sebenarnya sukar untuk mengenali daging babi dengan daging-daging
lain, lebih-lebih lagi jika sudah dimasak. Cuba lihat gambar di atas, tentu
ramai tidak menyedari bahawa daging itu adalah daging babi.
Orang Islam bukan sahaja dilarang makan daging babi secara
langsung, bahkan jika daging lembu bercampur walaupun dengan sedikit daging
babi, maka keseluruhan hidangan itu menjadi haram. Begitu, juga makanan pada
asalnya halal dimakan oleh orang Islam akan menjadi haram jika peralatan
memasak menggunakan bekas memamasak daging babi.
Pihak swasta mahupun badan bukan
kerajaan (NGO) perlu meningkatkan kesedaran dalam mengatur apa jua program yang
dianjurkan, khususnya jika membabitkan masyarakat Islam dan bukan Islam.
Penganjur majlis harus lebih
bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan tidak menghidangkan bersama
makanan halal dan tidak halal dalam apa jua program. Jika kehadiran orang Islam
dalam peratusan kecil dan dalam program itu ingin dihidangkan makanan tidak
halal untuk orang Islam, elok terus diumumkan bahawa makanan untuk orang Islam
tidak dihidangkan. Tindakan itu lebih berhemah biarpun dianggap biadap.
Penyediaan dua menu halal dan haram,
tidak menjamin orang Islam akan mendapat hanya hidangan halal. Ini kerana
peralatan seperti pinggan dan sudu akan bercampur dengan yang lain. Melainkan
jika penyediakan makanan itu diserahkan kepada orang Islam dan segala urusan
termasuk menghidangkan juga dilakukan sepenuhnya oleh orang Islam.
No comments:
Post a Comment