Wednesday, 6 November 2019

PENDAPATAN HARAM JUAL KOSMETIK

Lambakan produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang tidak mendapat pengesah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijual di pasaran sekarang amat membimbangkan.

Berdasarkan laporan KKM, terdapat bahan terlarang dan berbahaya kepada manusia dalam produk terbabit, contohnya racun berjadual seperti merkuri.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM menggesa orang ramai mengelak daripada membeli serta menggunakan produk kosmetik tanpa notifikasi dari KKM. .

Selain merosakkan kesihatan, kesan penggunaan produk itu juga boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum dilahirkan.

Selain itu, ia menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Walaupun perkara itu kerap dilaporkan, mengapakah produk terbabit masih dijual secara berleluasa di pasaran dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat?

Antara alasan diberikan adalah ingin segera kelihatan cantik, harga murah serta mendapat kesembuhan segera tanpa merujuk pegawai perubatan bertauliah.

Peniaga yang memperoleh keuntungan dengan menjual produk mendatangkan kemudaratan kepada pengguna mendapat dengan jalan haram.

Islam melarang menjual sesuatu yang mendatangkan mudarat.  Keuntungan yang diperoleh termasuk dari jalan yang haram.

No comments:

Post a Comment