Syeikh
Yussof Qardawi berpendapat bahawa perlu membina kekuatan ummah sebelum
melsksanakan hudud?.Apakah Qaradawi menjadi kafir kerana berijtihad sedemikian
rupa? Apakah Qaradawi menolak hukum hudud dan ayat-ayat Allah?
Hassan
Al- Bana juga berijtihad bagi menangguhkan hukum hudud bagi kesemua negara umat
islam selepas tumbangnya empayar Islam Othmaniah di Turki kerana keseluruhan
sistem dunia baik politik dan ekonomi dikuasai oleh golongan Yahudi. Apakah
Hassan Al Bana juga menjadi kafir kerana menangguhkan hudud?
Selepas
Sultan Mohamad Al Fateh berjaya menumbangkan Kota Konstatinople Rome Timur
Baginda menangguhkan perlaksanaan hukum hudud bagi menstruktur semula kerajaan Islam
di bawah pemerintahan baginda dengan membina kekuatan ekonomi umat Islam
setelah berhabis-habisan mengeluarkan belanja dalam perperangan.
Al
Fateh membina pusat-pusat pendididikan juga memantapkan sistem pertahahan
negara dan menyebarluaskan dakwah islamiyah ke atas masyarakat Romawi yang
beragama Kristian yang berada di bawah naungan baginda serta menjaga kebajikan
umat Kristian dan membaik pulih gereja-gereja mereka.
Mengapa
Al-Fateh menangguhkan hudud sedangkan Islam sudah menguasai 1/3 dunia pada ketika
itu?
Apakah
Sultan Mohamad Al Fateh menjadi kafir kerana menangguhkan perlaksanaan hukum
hudud?
Persoalan
hudud adalah ketetapan hukum yang jelas. Namun, Islam juga mempunyai ketetapan
yang jelas dalam melaksanakan sesuatu hukum. Ia tidak dilakukan dengan
sebarangan.
Kita
melakukan sesuatu untuk mendapat reda Allah dan bukannya meraih sokongan
politik atau dipolitikkan.
Masih
banyak perkara lain yang perlu diutamakan untuk kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment