Saturday, 26 December 2020

BERAPA KALI SEPATUTNYA HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Membincangkan mengenai seks adalah tabu (sesuatu yang dilarang) dalam masyarakat. Seseorang dianggap tidak beradab dan melanggar budaya bangsa Melayu jika bercakap berkaitan seks.

Namun, perkara berkaitan seks atau hubungan suami isteri hakikatnya bukan perkara tabu. Hubungan seks adalah rutin atau amalan dalam kehidupan suami isteri.

Persoalannya, berapa kali seks untuk seminggu perlu dilakukan suami isteri? Memandangkan perkara ini dianggap tabu, teramat sedikit orang berkongsi perkara ini.

Masing-masing membisu menjadi rahsia. Soal dalam bilik atau atas katil hanya pasangan masing-masing mengetahuinya.

Memang wajar berita soal dalam bilik tidak dikongsikan dengan sesiapa, melainkan ada keperluan yang wajar.

Namun, pengetahuan mengenai kisah dalam bilik perlu diketahu berdasarkan maklumat daripada kajian atau pendapat pakar.

Dalam kehidupan berumah tangga, tiada apa yang lebih penting daripada perasaan cinta, rindu, bahagia dan kasih sayang. Persoalannya, bagaimana untuk mengecapi semua ini?

Mudah sahaja, sudah tentulah dengan kehidupan seks yang sihat dan sejahtera. Setiap pasangan perlu melakukan hubunan intim bagi memenuhi keperluan dan kemahuan seksual masing-masing.

Dalam pada itu, aktiviti inilah yang akan merapatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri. Tanpanya, tiada ertinya pertalian anda berdua.

Cuba bayangkan kehidupan anda dan pasangan di bawah satu bumbung, di dalam satu bilik, dan di atas satu katil, namun tiada apa yang anda lakukan kecuali tidur.

Ya, ia satu kerugian yang kemudian akan menjejaskan keharmonian hidup dalam rumah tangga.

Jadi, usah bertangguh dan beralasan lagi. Sila berbincang bersama pasangan tentang aktiviti seks anda berdua.

Namun, adakah kalian tahu berapa kali seks untuk seminggu yang suami isteri perlu buat?

Jelas Dr. Logan Levkoff yang merupakan seorang Pakar Seks dari New York University, sebenarnya tiada jumlah yang normal untuk melakukan seks dalam seminggu kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan.

Jadi, komunikasi antara pasangan suami isteri adalah kunci utama untuk memastikan keperluan itu tertunai mengikut keinginan bersama.

Pun begitu, ada satu kajian yang mengatakan sebenarnya ada jumlah berapa kali seks untuk seminggu yang ideal dipraktikkan oleh suami isteri.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun.

Jika dihitung kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu!

Jumlah ini dipersetujui dalam kajian lain yang berlangsung selama hampir 40 tahun dan diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science.

Tambah mereka lagi, seks sekali seminggu sudah memadai untuk membuat pasangan suami isteri bahagia.

Kepada pasangan ingin melakukan lebih kerap, itu satu pilihan baik. Mungkin bagi sesetengah pasangan beraggapan sekali sehari adalah kekerapan seks yang paling ideal.

Ada pula yang melakukan selang hari. Atau mungkin juga hanya dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Bagi sesetengah pasangan pula tidak menetapkan kadar kekerapan tetapi bergantung apabila ada keinginan untuk melakukannya.

Dengan kata lain, soal hubungan seks adalah pilihan atau persetujuan bersama suami iseri berapa kerap ingin dilakukan dan pada masa mana yang sesuai.

No comments:

Post a Comment