Friday, 4 December 2020

BASIKAT LIPAT MUDAHKAN BANTU KELUARGA

Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu RM00-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing.

Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga.

Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni RM450. Suami tukang urut dapat RM400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi RM500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri.

Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan RM700 ke RM800. Sayu hati ni.

Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada di situ tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.

FB: Ebit Lew

No comments:

Post a Comment