Sambutan
Qing Ming atau Ching Ming atau Ceng Beng adalah antara salah satu perayaan yang
sangat unik di kalangan semua perayaan-perayaan tradisi masyarakat Cina.
Walaupun sudah dipraktiskan sejak lebih 2500 tahun dahulu, namun perayaan ini
tetap sentiasa dilestarikan dan dijaga adab tradisinya.
Perayaan
Qing Ming adalah satu perayaan yang berbentuk menziarahi kubur orang tua mereka
yang sudah meninggal dunia dan kemudian membersihkannya dan baharulah diadakan
upacara sembahyang mengikut tradisi masyarakat Cina seantero dunia.
Pada
perayaan Qing Ming tanpa mengira usia walau tinggal jauh atau dekat masyarakat
Cina akan berkumpul di dalam keluarga dan bersama-sama ke kawasan perkuburan
keluarga mereka.
Inilah
antara keunikan Perayaan Qing Ming yang mempunyai maksud yang besar di dalam
memperkatakan musyawarah antara keluarga serta menghormati juga mengingati
keluarga yang sudah tiada lagi di dunia.
Menurut
sejarahnya, Perayaan Qing Ming bermula ketika Dinasti Zhou memerintah Negara
Tembok Besar China.
Menurut ceritanya Perayaan Qing Ming pada masa itu
merupakan satu upacara simbolik bagi menandakan pembahagian musim. Yang mana
pada ketika itu, ianya merupakan satu musim yang amat baik untuk mula bercucuk
tanam serta mengambil kesempatan berjalan-jalan ke daerah yang lain.
Dan
Perayaan Qing Ming yang dirayakan pada masa ini sebenarnya juga mempunyai
hubungkait dengan satu lagi perayaan yang sudah hilang malah ianya telah
disatukan kerana tarikh perayaan itu terlalu dekat.
Perayaan yang hilang itu
adalah dikenali sebagai Perayaan Hanshi iaitu perayaan makan makanan sejuk
kerana pada hari Hanshi tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan sumber
api bagi memasak makanan.
Oleh
kerana tarikh menyambutnya adalah terlalu dekat iaitu hanya selang sehari
sahaja maka lama-kelamaan masyarakat Cina seluruh dunia telah beransur-ansur
mengadakan kedua-dua perayaan ini di dalam satu masa.
Dengan
itu bolehlah dikatakan bahawa Perayaan Qing Ming yang dirayakan sekarang
merupakan 2 perayaan di dalam 1. Inilah antara keunikan perayaan ini mengikut
ceritera sejarahnya yang sudah tentu ramai tidak mengetahuinya.
Di
dalam Perayaan Qing Ming, acara menziarahi dan membersihkan perkuburan nenek
moyang merupakan kemuncak kepada perayaan tersebut. Membakar colok serta
membuat persembahan makanan dan buah-buahan yang disajikan di hadapan
perkuburan kaum keluarga adalah salah satu daripada tradisi penting.
Pada
hari ini juga, kaum keluarga akan menimbus kembali tanah perkuburan keluarga
mereka semula agar tanah kubur itu kelihatan lebih tinggi dan kukuh. Hanya
selepas upacara ini diadakan barulah acara penyembahan kepada nenek moyang akan
diadakan.
Selepas
itu akan ada pembakaran “wang” serta replika-replika barangan mewah yang dikatakan
akan digunakan untuk kekayaan keluarga yang telah meninggal dunia di alam lain.
Kemudian barulah mereka akan menyiram perkuburan keluarga mereka dengan air
arak.
Sesuatu
yang mungkin ramai tidak sedari iaitu ianya bersangkutan dengan cuaca pada ketika perayaan ini diadakan.
Oleh kerana Perayaan Qing Ming ada kena mengena dengan
perayaan sedih serta rasa rindu kaum keluarga pada sanak saudara yang sudah
pergi meninggalkan mereka maka cuaca pada hari itu juga dikatakan sering
mendung atau kadang-kadang dengan hujan turun yang mencurah-curah.
Suasana itu seperti seolah-olah menggambarkan perasaan hiba pada masa itu. Sama ada ianya
mitos atau realiti tetapi hal inilah yang sering terjadi apabila menjelang
Perayaan Qing Ming.
Sambutan
Qing Ming diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk atau hari
ke-15 selepas ekuinoks musim bunga. Ia lazimnya diadakan 5 April pada tahun
biasa dan pada 4 April pada tahun lompat.
Hari
Qing Ming merupakan cuti umum di negara China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
No comments:
Post a Comment