Wednesday, 26 January 2022

TIDAK PERLU KISAH GANGGUAN PIHAK LAIN

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas badan burung helang sewaktu sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut.

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju ke atas langit.

Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas.

Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yang menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melutut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke langit yang lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

No comments:

Post a Comment