Sebelum
nama Selat Melaka yang digunakan secara meluas pada hari ini, nama asalnya
ialah ‘Laut Melayu’.
Laut
Melayu merangkumi Selat Melaka iaitu kawasan perairan antara pantai timur
Sumatera, selatan Borneo dan utara Jawa sehingga perairan antara pantai timur Semenanjung
hingga ke pantai barat Borneo.
Nama
'Laut Melayu' ini atau 'Sea of Malayu' muncul pada karya Ibn Khordadbeh,
seorang ahli geografi dan birokrat Parsi yang ditulis pada abad ke-9 Masehi.
Manuel
Godinho de Erédia, seorang penulis dan kartografer Portugis (sesetengah sumber
menyatakan kacukan Melayu-Portugis) telah menulis sekitar 1613 Masehi tentang
'Malayo Sea/Malyo Sea/Malayu Sea', yang mana merujuk kepada perairan di antara Semenanjung
dan Sumatera yang mana ini jelas merujuk kepada Selat Melaka pada hari ini.
Terdapat
satu peta Eropah tahun 1821 Masehi yang mencatatkan tentang 'Malayan Sea' yakni
perairan di antara pantai timur Semenanjung dan pantai barat Borneo itu yang
hari ini dikenali sebagai Laut China Selatan.
No comments:
Post a Comment