Thursday, 12 June 2025

PESAWAT PENGANGKUT TENTERA A400M TNI-AU

 
Pada tahun 2021, Indonesia telah membuat tempahan untuk dua buah pesawat pengangkut tentera A400M dari Airbus Defence and Space.yang berpangkalan di Seville, Sepanyol. Pesawat itu dijangka diterima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) pada akhir tahun 2025.
 
Kemasukan A400M ke dalam perkhidmatan akan mempertingkatkan keupayaan operasi negara, menyokong pelbagai misi termasuk pengangkutan udara strategik dan taktikal, pemindahan perubatan, bantuan kemanusiaan dan pengisian bahan api di udara.
 
Dengan kapasiti muatan sehingga 37 tan, A400M mampu membawa peralatan berat seperti helikopter dan kenderaan tentera merentasi jarak sehingga 2,400 batu nautika.
 
Pesawat ini mampu beroperasi dari landasan pendek atau yang tidak disediakan (unprepared air strips). Keupayaan itu satu keistimewaan penting untuk operasi bantuan bencana di kawasan terpencil.
 
Tambahan pula, peranannya sebagai tangki pengisian bahan api pelbagai platform turut meningkatkan kecekapan operasi dan ketahanan misi TNI-AU.

No comments:

Post a Comment