Friday, 30 May 2025

KHIDMAT KTM KOMUTER TERUS DITINGKATKAN

 
Komuter KTM adalah jenama perkhidmatan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sejak mula beroperasi pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan tren elektrik pertama di Malaysia, KTM Komuter terus berkembang demi memenuhi keperluan rakyat.
 
Dari laluan awal Kuala Lumpur–Rawang, jaringan operasi KTM Komuter kini merangkumi lebih 50 stesen.
 
Perkhidmatan KTM Komuter telah diperkenalkan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada bulan September 2015 selepas selesai Projek Elektrifikasi dan Dwi-Pengesanan Ipoh-Padang Besar. Kereta api yang digunakan adalah unit pelbagai elektrik berpendingin hawa.
 
Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan termasuk naik taraf sistem isyarat dan pengenalan sistem pembayaran terbuka menggunakan kad debit/kredit serta e-wallet.
 
Kini, penumpang boleh menyemak waktu ketibaan dan pelepasan tren KTM Komuter dengan mudah melalui aplikasi KTMB Mobile! Hanya muat turun aplikasi KTMB Mobile dan pilih MyRailtime untuk mendapatkan jadual tren secara langsung.
 
KTMB terus komited untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih lancar, selesa dan efisien demi keselesaan pengguna.
 
KTM Komuter mula menggunakan tren tiga gerabak pada 1995 dengan Kelas 81, diikuti Kelas 83 pada 1996. Pada 2012, tren enam gerabak pula diperkenalkan.

No comments:

Post a Comment