
Khasiat kacang botor telah banyak diperkatakan. Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan seperti bahagian lenggai (buah) mudanya yang selalu digunakan sebagai sayur atau ulam.
Buah
yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis
makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
Bunga
kacang botor pula sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
Daun
muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun
bayam.
Ubinya
yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi
dan ia hampir serupa dengan ubi kentang.
Akar
pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang.
Biji
yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi
banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti
kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau
diminum.
Daun
kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata
yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun ditumbuk lumat dan ditampa pada
bisul.
Daun
dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit
seperti bisul dan ulser.
Manakala
akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo.
No comments:
Post a Comment